Wednesday, January 7, 2009

Aku Hanye Seorang Back Stage Crew Di



















pic source: http://irmaputri-cupcake.blogspot.com

Nampak cam senang je buat bunge gune fondant ni. Memang senang. 1 jam dapat 3 kuntum je. Dah la order yang ni nak 48 kuntum... Memang memenatkan dan frustraten nak siapkan bunge-bunge ni. Nasib baik dah plan awal-awal. So aku amik mase dalam 4 hari nak siapkan semua kuntuman manis ni.

Hari yang ditunggu dah tiba. Biasenye ini akan berlaku, 12 jam kerja tanpa henti dan tanpa tidur (terlelap ade la kejap, pastu kene sepak ngan wife aku). Lepas siapkan topping (biasanya kek dah disiapkan 2 hari awal), packing, kene plak buat delivery. Kadang-kadang customer datang amik sendiri. Kali ni nak hantar kat Melaka dan Bangi. Aduuuuuhhhh.....

Syukur semua berjalan dengan lancar. Kebetulan Isnin tak keje. Memang bantai tido la...