Kos permotoran kian meningkat saban tahun, lebih-lebih lagi semasa kenaikan harga bahan api. Walaubagaimanapun ada beberapa kaedah dimana kita dapat mengurangkat dan menjimatkan lagi kos tersebut. Berikut adalah 10 langkah mudah yang boleh anda cuba supaya anda dapat memandu lebih jauh dengan kos yang lebih rendah.
- Dapatkan harga petrol yang paling rendah (stesen minyak berlesen)
- Memandu dalam gear tertinggi. Memandu dalam gear rendah boleh mengakibatkan penggunaan petrol 45% lebih daripada yang diperlukan.
- Pastikan angin tayar berada pada tekanan yang betul. Penjimatan petrol boleh ditingkat sebanyak 5% jika tayar berada pada tekanan yang betul.
- Jangan memandu tidak menentu. Sentiasa memecut dan membrek akan menggunakan lebih banyak bahan bakar daripada pemanduan lebih selesa. Melihat dahulu untuk manjangka halangan yang mungkin mengurangkan keperluan untuk pemecahan mendadak.
- Jimatkan wang pada insurans kereta. Cuba dapatkan sebut harga yang paling murah.
- Mencari tempat letak kereta yang lebih murah. Cari kawasan tempat letak kereta yang lebih murah dan anda yakin kereta anda selamat. Tempat letak kereta tidak mesti mempunyai satu perkhidmatan valet; keselamatan adalah lebih penting.
- Kereta bukan tempat berehat. Matikan enjin kenderaan anda semasa menunggu. Elakkan dari tidur di dalam kenderaan semasa enjin berjalan. Dikhuatiri akan mengalami kracunan gas.
- Elakkan dari memandu untuk jarak yang pendak seperti di pusat bandar. Letak kederaan anda di tempat yang telah disediakan dan tuju kedai-kedai di sekitar dengan berjalan kaki.
- Berkongsi kenderaan. Cuba bayangkan kos bahan api sebanyak RM 10.00 dibahagi kepada 4. Lebih murah dari air minuman dalam botol.
- Tutup tingkap kenderaan anda semasa memandu. Tingkap yang terbuka semasa memandu akan menghasilkan daya rintangan yang akan menambahkan lagi penggunaan petrol.