Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Saturday, January 10, 2009

Farewell Mate


















Sunyi....
Bilik yang tak seberape besar ni kelihatan kosong. Susunan fail di atas rak kini menjadi teman aku di office.

Sebelum ni akan kedengaran lagu-lagu retro dari penjuru bilik ni. Kini hanya bunyi air cond yang menambahkan lagi kebuntuan kepale aku. Huuuu....

Walaupun selama ni kami kurang bercakap, tapi at least ade la orang utk bertanye. Sekarang ni.... nak tanye kat sape. Kak Lia mane tau pasal design, Esteem, Auto CAD... Huuuuu....

Farewell mate. All the best...

Wednesday, January 7, 2009

Aku Hanye Seorang Back Stage Crew Di



















pic source: http://irmaputri-cupcake.blogspot.com

Nampak cam senang je buat bunge gune fondant ni. Memang senang. 1 jam dapat 3 kuntum je. Dah la order yang ni nak 48 kuntum... Memang memenatkan dan frustraten nak siapkan bunge-bunge ni. Nasib baik dah plan awal-awal. So aku amik mase dalam 4 hari nak siapkan semua kuntuman manis ni.

Hari yang ditunggu dah tiba. Biasenye ini akan berlaku, 12 jam kerja tanpa henti dan tanpa tidur (terlelap ade la kejap, pastu kene sepak ngan wife aku). Lepas siapkan topping (biasanya kek dah disiapkan 2 hari awal), packing, kene plak buat delivery. Kadang-kadang customer datang amik sendiri. Kali ni nak hantar kat Melaka dan Bangi. Aduuuuuhhhh.....

Syukur semua berjalan dengan lancar. Kebetulan Isnin tak keje. Memang bantai tido la...

Tuesday, January 6, 2009

My Work Station












Aku bekerja di sebuah contractor company di selatan tanah air. Company ni kecik je. Dah setahun aku kerja kat sini. Bos dia ok la. Tak macam bos aku yang dulu. Staff pon tak ramai, 7 orang termasuk aku. Tapi tak lama lagi akan keluar seorang. Dia dapat offer goverment. So akan tinggal aku sorang engineer kat sini. Masssak aku....

Setiap pagi aku akan mengadap pc untuk buat BQ, design, drawing dan shhhh... surf internet gak. So kengkadang tu keluar la macam pop-out (update is ready for this computer) dari bucu seblah kanan LCD screen pc aku. Selalunye aku ignore je. Malas nak layan. Entah macam mane satu hari tu aku turut je kehendak pc aku. Aku click la "Update". Tiba-tiba pc aku memaparkan desktop cam gambar kat atas.

Ape la.... Lanun betul...

Monday, January 5, 2009

Panduan Berguna Sebelum Memulakan Perjalanan











Aku rase aku punye travel claim cam tak berbaloi la. Wife aku slalu membebel kat aku pasal cost management aku. Company aku claim petrol gune resit, tu yang kadang-kadang underclaim je.

Tetiba je mase aku nak submit claim kat Maisara (
Admin office aku dan sudah berkahwin) aku dapat idea camne nak pastikan aku tak rugi lain kali.

  • Sebelum memulakan perjalanan, cari dan tentukan lokasi menggunakan peta, GPS atau Google Earth.
  • Anggar jarak perjalanan
  • Anggar kos bahan api yang akan digunakan .
i.e ; RM 0.50/km
Jarak perjalanan = 80 km

Kos bahan api = 80 km x RM 0.50

= RM 40.00

  • Pilih laluan terpendek dan elakkan laluan sesak.
  • Pastikan kenderaan dalam keadaan baik.
  • Pakai tali pinggang keledar sebelum memandu.
  • Isi minyak di stesen minyak yang berhampiran dengan jumlah yang telah dianggarkan. Jangan lupa ambil resit.
  • Hantar resit isian petrol anda dengan nota kilometer dan nombor kenderaan pada resit tersebut

Aku mesti cube...

Suke Aku la...














Bile aku bukak pintu office... ni la yg aku nampak

Orang lain buat blog, aku pon nak buat blog gak. Suke suke je. Lantak la ape orang nak kate. Tapi aku harap posting aku ni bukan sekadar suke-suke. Harap-harap dapat memberi input untuk dikongsi bersama.

Name Cupcake For Him ni aku pilih sebab banyak bende tersirat dalamnya. Sesuatu yang manis, special, unik, menarik dan kadang kala memenatkan bagi seorang lelaki. Aku belajar banyak benda dari cupcake nih. Kesabaran, kerja keras, team work, dan tanggungjawab adalah inti dalam setiap cawan yang akan dimakan oleh semua orang.

Memang memenatkan. Samalah seperti hidup ini juga. Dari penat itu lah datang sabar. Dan dari sabar itu pasti datang kejayaan.

Anyway... selamat membaca. Cikgu darjah dua aku dulu kate membace tu jambatan ilmu.