Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

Wednesday, January 14, 2009

Barney Sudah Ketemu Tuannya













Akhirnya siap juge cupcake si Naufal nih... Setelah 1 malam berjaga sampai jam 4.00 am menyiapkan figure Barney. Memang penat la. Nak tipu pon tak gune. Tapi kepuasan tu tetap ade. Tu pon dah kire nasib baik sebab ade edible emage. Kalau tak mungkin aku kene buat 41 pcs figure Barney = 4 hari tak tido malam. He he...













Bukan susah sebenarnye nak buat figure Barney ni. Buat cam bentuk dinaso comel warne purple, senyum, dah siap. Yang susahnye tu time nak kneel dough fondant and mix color. Abih tangan warne purple.














Kek Naufal pulak terlalu tinggi. So kene pakai storage box yang ade jual kat kedai gift. Pastu kene terbalikkan kotak tu. Cover jadi base, base jadi cover. Memang lawak.













Dah la silap hantar order. Sepatutnye 16 pcs hantar pagi Ahad dan 25 pcs hantar malam Isnin coz Selasa nak buat kat skolah Naufal. Tapi dah terbalik... Nasib baik ade buat cupcake lebih. So cekgu2 Naufal dapat la individual pack yg cume ade swirl purple, flag Barney & dinaso flake. What to do.















image source :
mama Naufal

Happy Birthday Naufal

Wednesday, January 7, 2009

Aku Hanye Seorang Back Stage Crew Di



















pic source: http://irmaputri-cupcake.blogspot.com

Nampak cam senang je buat bunge gune fondant ni. Memang senang. 1 jam dapat 3 kuntum je. Dah la order yang ni nak 48 kuntum... Memang memenatkan dan frustraten nak siapkan bunge-bunge ni. Nasib baik dah plan awal-awal. So aku amik mase dalam 4 hari nak siapkan semua kuntuman manis ni.

Hari yang ditunggu dah tiba. Biasenye ini akan berlaku, 12 jam kerja tanpa henti dan tanpa tidur (terlelap ade la kejap, pastu kene sepak ngan wife aku). Lepas siapkan topping (biasanya kek dah disiapkan 2 hari awal), packing, kene plak buat delivery. Kadang-kadang customer datang amik sendiri. Kali ni nak hantar kat Melaka dan Bangi. Aduuuuuhhhh.....

Syukur semua berjalan dengan lancar. Kebetulan Isnin tak keje. Memang bantai tido la...

Tuesday, January 6, 2009

Barney Oh Barney...

Wife aku dapat order cupcake dari seorang auntie. Dia nak hadiahkan anaknya cake bertemakan Barney. Wife aku terima je tanpa membincangkan cadangannya kepada aku. Sabar...

Tempahan melibatkan 16 biji cupcake dan sebuah fondant cake yang setiap satu ada figure Barney. So aku kene buat 16 buah Barney edible figure kecik dan 1 figure Barney yang besar sikit (lebih kurang 6" tinggi) untuk fondant cake tu plak.

Auntie tu kate anak dia obses sangat dengan Barney. Sampai tido pon peluk patung Barney. "Tu yang tak sampai hati nak tolak" kate wife aku. Sekarang ni aku plak yang tak sampai hati nak tolak permintaan wife aku. Dia dah beli macam-macam yang berkenaan dengan Barney untuk reference aku. Siap beli patung Barney yang boleh menyanyi (ade mase nanti aku post-kan nyanyian dia).

Aku pun try buat figure Barney (tinggi 2"). Lama juga aku ambil masa untuk siapkan 1 figure. Result seperti gambar di bawah.













Malam tu aku tidak berhenti di situ. He he he... Siap ko Barney