Friday, September 4, 2009

Ketupat


Ketupat (Sumber Wikipedia)

Ketupat adalah sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada nasi atau pulut dan dibungkus dengan daun kelapa atau daun palas. Ketupat sangat terkanal di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lagi di Asia Tenggara.

Terdapat beberapa jenis ketupat berdasarkan bentuk, jenis daun dan jenis beras. Berikut merupakan jenis-jenis ketupat yang biasa terdapat di Malaysia:

1. Ketupat Nasi
Kelongsong daripada daun kelapa, diisi dengan beras dan direbus.

2. Ketupat Bawang
Kelongsong daripada daun kelapa dianyam berbentuk kelapa, diisi dangan beras dan direbus.

3. Ketupat Palas
Beras pulut dibalut dengan daun pokok palas, dan direbus didalam santan sehingga kering.

Ketupat Daun Palah (Sumber Wikipedia)

Di Malaysia, biasanya ketupat dihidangkan ketika menyambut Hari Raya Puasa (Aidilfitri) atau Hari Raya Korban (Aidiladha). Ketupat juga boleh dinikmati setiap hari bersama-sama satay/sate. Tetapi segelintir peniaga satay kini lebih mudah menyediakan nasi impit atau lontong berbanding ketupat.

Cerita orang tua-tua, zaman dahulu tiada kedai makan mahupun restoran fast food seperti sekarang. Jadi apabila mereka keluar mengembara atau memburu, mereka akan membawa ketupat sebagai bekalan kerana ketupat mampu bertahan berhari-hari berbanding nasi.


Biar putus asa jangan putus makan.

Dua singget, dua seingget, dua singget...