Friday, September 4, 2009

Ketupat


Ketupat (Sumber Wikipedia)

Ketupat adalah sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada nasi atau pulut dan dibungkus dengan daun kelapa atau daun palas. Ketupat sangat terkanal di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lagi di Asia Tenggara.

Terdapat beberapa jenis ketupat berdasarkan bentuk, jenis daun dan jenis beras. Berikut merupakan jenis-jenis ketupat yang biasa terdapat di Malaysia:

1. Ketupat Nasi
Kelongsong daripada daun kelapa, diisi dengan beras dan direbus.

2. Ketupat Bawang
Kelongsong daripada daun kelapa dianyam berbentuk kelapa, diisi dangan beras dan direbus.

3. Ketupat Palas
Beras pulut dibalut dengan daun pokok palas, dan direbus didalam santan sehingga kering.

Ketupat Daun Palah (Sumber Wikipedia)

Di Malaysia, biasanya ketupat dihidangkan ketika menyambut Hari Raya Puasa (Aidilfitri) atau Hari Raya Korban (Aidiladha). Ketupat juga boleh dinikmati setiap hari bersama-sama satay/sate. Tetapi segelintir peniaga satay kini lebih mudah menyediakan nasi impit atau lontong berbanding ketupat.

Cerita orang tua-tua, zaman dahulu tiada kedai makan mahupun restoran fast food seperti sekarang. Jadi apabila mereka keluar mengembara atau memburu, mereka akan membawa ketupat sebagai bekalan kerana ketupat mampu bertahan berhari-hari berbanding nasi.


Biar putus asa jangan putus makan.

Dua singget, dua seingget, dua singget...

Project Biskut Raya



Kali pertama dalam hidup aku memahami cara2 membuat biskut raya... Aku fikir setiap biskut atau kuih raye ni adunannya berbeza. Rupa-rupanya semua sama saja. Cuma ade la tambah bahan lain sket. Tu yang bagi signature name setiap biskut raye. Cam Almond London ade bubuh badam (Almond) pastu cover ngan coklat. Same la gak cam biskut Cornflakes.



Tapi letih gak buat biskut nih. Mane taknye... janji nak buat 2 orang. Tau tau je kul 10.00 p.m. dia dah tido (orang mengandung kene tido awal). Dough ade lagi 2 bancuhan. Aku kene habiskan sorang2. Sok pagi nak masak lauk Sahur lagi. Pastu gi keje... Cam tu la hari2 awal puasa...



Kadang2 tu tak larat gak nak buat biskut raye. Last time, 1 week x buat biskut. Keje kat office melambak sampai melarat ke rumah. Nak buat camne... work come first, biskut come later.

Selamat menjalani ibadah puasa.